Friday, 6 February 2015

Diam Dan Mulai Bersuara

Diam dan Bersuara .
Ketika aku mulai diam .
Itu kerana aku kecewa dengan suasana .
Ketika aku mulai diam .
Itu kerana aku kecewa dengan manusia .
Ketika aku mulai diam .
Itu kerana aku kecewa dengan ragam manusia .
Ketika aku mulai diam .
Itu kerana aku berduka melihat sikap manusia .
Ketika aku mulai diam .
Itu kerana aku sedih melihat kelakuan manusia .
Ketika aku mulai diam .
Itu kerana aku penat melihat sikap manusia .
Ketika aku mulai diam .
Itu kerana aku takut mahu tegur manusia .
Sebab aku takut manusia tidak mahu terima teguran itu .
Malahan akan ada yang melemparkan kata kata bisa kepadaku .
Jadi aku memilih untuk berdiam diri .
Sebab berdiam diri itu lebih baik .
Ketika aku mulai diam .
Itu kerana aku tidak mahu melawan kata sesiapa .
Ketika aku mulai diam .
Itu kerana aku mahu bersendirian .
Ketika aku mulai diam .
Itu kerana aku tidak mahu diganggu .
Ketika aku mulai diam .
Itu kerana aku sedang memikirkan cara lain untuk menegur manusia .
Ketika aku mulai diam .
Itu kerana aku sudah ada cara lain hendak menegur manusia .
Dan akhirnya aku bersuara .
Dalam hati aku bersuara .
Aku harap manusia akan terima kali ini .
Aku harap manusia akan mendengar dan tidak mengeluarkan kembali .
Aku harap manusia akan terus berubah .
Aku harap manusia akan meninggalkan segala laranganNya .
Dan itu semua yang kuharapkan akan menjadi kenyataan .
Aku hanya mampu memberi teguran dan nasihat.