Saturday, 27 December 2014

Tangisan Bumi

Bumi menangis .
Tahu tak bumi dah penat menangis ?
Tahu tak bumi dah letih menangis ?
Bumi yang sudah terlalu senja umurnya .
Bumi yang terlalu tua umurnya .
Pelbagai isi alam sudah dilihat oleh Bumi .
Bermacam ragam perangai manusia .
Ada baik buruk suka duka .
Bumi dah terlalu penat nak menanggung .
Bumi dah terlalu penat melihat pelbagai ragam manusia .
Rasa peritnya sakit sekali .
Adakah manusia tahu ?
Yang manusia tahu hanya dunia yang penuh lakonan .
Yang manusia tahu hanya untuk mengejar segala kuasa yang ada di dunia .
Rasa perit pabila perut bumi hanya dicari hasil galian .
Adakah manusia tahu ?
Bumi tidak mampu menahan lagi akan semua ini .
Bumi rasa berduka sekali melihat ragam manusia .
Manusia yang hanya tahu mengejar harta dunia .
Manusia yang hanya tahu nak mengawal dunia .
Manusia yang hanya tahu ingin menjadi raja yang bajet cuba menjadi raja yang bertakhta .
Kesian bumi yang sedang menangis .
Terlalu banyak air yang telah mengalir oleh bumi .
Bumi juga cuba memahami manusia .
Kenapa pelbagai kes berlaku .
Campak sana buang sana .
Perang sana perang sini .
Berbalah sana sini .
Kenapa harus bergaduh sana sini ?
Kenapa manusia terlalu egois ?
Kenapa manusia terlalu pentingkan diri ?
Kenapa manusia tak mampu jaga ukhuwah sesama sendiri ?
Mana sifat kasih sayang manusia sesama sendiri ?
Mana perginya sifat malu manusia ?
Bumi sering tertanya tanya .
Apakah manusia cari sebenarnya ?
Adakah manusia sudah lupa pada Penciptanya ?
Adakah manusia sudah lupa agama dan asal usulnya ?
Sudah berapa kali diberitahu tanda tanda kiamat .
Sudah berapa kali diberi amaran oleh Allah .
Sudah diberitahu manusia hidup diatas muka bumi untuk menjadi khalifah .
Kenapa manusia masih melakukan halnya sama ?
Bumi sudah terlalu penat menanggung .
Melihat perihal manusia durjana .
Melihat perihal manusia yang lupa pada agama .
Allahurabbi .
Bertaubatlah segera wahai manusia .
Kesianlah pada bumi yang telah senja ini .
Kesianlah pada bumi yang telah penat menanggung akan segala ragam manusia .