Friday, 14 June 2013

KiAMAt SEmaKiN HAmpIr .



Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. 

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir. 

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

Kenapa Allah menguji hambaNya ?

ALLAH itu maha berkuasa . DIA yang menentukan segala-galanya.Sesuatu yang berlaku itu adalah takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH untuk hambanya . kita sebagai hamba perlulah redha,sabar serta bertawakal dengan setiap ujian itu . dan berserah kepadaNya..

Kenapa ALLAH berikan ujian kepada hambaNya ?

          Cikgu kat sekolah juga berikan anak-anak muridnya ujian . ujian untuk melihat sejauh mana kepandaian anak-anak muridnya . sejauh mana perfahaman anak-anak muridnya itu tentang apa yang telah diajarnya selama ini.

          Begitu juga dengan ALLAH . ALLAH yang mencipta hamba-hambaNya berhak untuk beri ujian kepada makhluk ciptaanNya itu . Ujian itu rahsia ALLAH . ujian yang diberikan mungkin tidak sama . ada yang berat untuk dilalui dan ada yang mudah untuk ditangani ujian itu.

          Seberat-berat mana pun ujian yang ALLAH beri, ALLAH tidak akan berikan ujian yang melebihi kemampuan hambaNya itu.. Ujian yang diberi juga ,adalah tanda sayang dan kasih ALLAH pada hambanya..ALLAH itu maha penyayang :')
 
         
   Setiap manusia yang ALLAH cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup dalam dunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata dia lansung tidak pernah ditimpa musibah.. 

    Allah menguji hambaNya adalah untuk menguji setinggi mana keimanan seseorang itu kerana dengan ujian itu ALLAH boleh melihat sama ada hambanya itu seorang yang mudah putus asa atau pun tidak dalam menerima ujian.
 
          
"Sabarlah duhai insan.. ada kemanisan disebalik kepahitan ini"

          Jangan lah kita mengeluh dengan ujian yang ALLAH berikan kerana habisnya satu ujian pasti akan tiba ujian yang baru pula dalam hidup kita.. 

         Dekatkan diri dan berdoalah kepada ALLAH agar dikuatkan hati untuk terus cekal dan tabah dengan setiap ujian yang diberikan.ALLAH itu tidak pernah berasa jemu dengan setiap rintihan hambaNya.ALLAH itu maha mendengar .

Friday, 7 June 2013

Wahai Ukhtiku :')



Ukhtiku ,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan.Dari meihatmu gembira dalam kelalaian.

Ukhtiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana perngorbanan.Dari melihat tawamu dalam pengkhianatn.Aku bangga andai dikau mati dimedan kebenaran.Dari hidup dalam kesesatan.

Kerana jangan lupa ukhtiku , Muliamu bukan pada pangkat dan harta tapi kerana ISLAM .

Buat Sahabat Sahabatku :)



Sahabatku ,
waktu terasa semakin berlalu , tinggalkan cerita tentang kita , akan tiada lg kini tawamu , untuk hapuskan semua sepi dihati.

Sahabatku ,
ada cerita tentang aku dan kau , dan kita bersama saat dulukala , ada cerita masa yg indah , saat kita berduka , saat kita tertawa , ceritakan semua tentang kita.

Sahabatku ,
hatiku kuat mengatakan pasti kau ada terkecil hati dgn sikapku , maafkan aku kerana aku banyak menyakiti hatimu selama kehidupan yg belum matang ini.

Ya Allah ,
kau berilah rahmatmu memelihara insan ini kerana hanya kau yg mampu menjaganya jauh lebih baik daripada aku.

Sahabatku ,
in shaa Allah kita akan terus bersaudara di jalan Allah , jika hari ini kita terus mendoakan ikatan yg akrab ini akn terus bersemadi.

Sahabatku ,
mungkin hari ini atu esok aku akan pergi , tanpa sempat bertemu denganmu lg , namun , aku sempat berdoa dlm kesyahduan.

Ya Allah ,
sayangilah insan ini kerana aku tak mampu menandingi kasih sayangMu , berikan dia kekuatan dlm menghadapi dugaan hidup , semoga dipermudahkan urusan .